Monday, March 11, 2013

KERJA YANG BOSAN

Uhh... Dah lama rasanya tak menulis blog, tak tau lah ada orang yang suka membaca ker tak blog aku ni. Untuk permulaan setelah 3 tahun tak menulis aku akan ceritakan tentang kebosanan pekerjaan aku sekarang ini. Dulu sebelum habis belajar memang lah beria ria nak jadi engineer,rasa dalam hati wah bestnya boleh jadi engineer. Tapi bila dah kat 3 tahun jadi Engineer ni ermmm apapasal lah aku pilih kerjaya macamni. Aku kata bosan bukan apa, aku rasa pekerjaan sekarang bukanlah memenuhi citarasa aku ( nthahapabendathah, bak kata org buat benda yang kita tak suka, selama 2 tahun lebih ni aku cuba tanamkan sifat seronok untuk bekerja.. tapi apakan daya sampai sekrang.. apa pun tak boleh. Mungkin sudah tiba masanya untuk memberanikan diri mencuba sesuatu yang lebih berisiko dan memberi pulangan yang berganda ganda. Ops pulangan yang berganda ganda tu bukan bermaksud $$$$$$$$ semata mata.. tapi lebih kepada keseronokan membuat kerja... seterusnya memberikan pulangan yang berganda ganda.. Jadi bagaimana nak dapatkan pulangan berganda ganda tu akan aku postkan untuk entry selepas ini... P/S: entry selepas ini tiada kena mengena dengan MLM atau skim cepat kaya.

Wednesday, June 30, 2010

Exam Semester Pendek

Pada Hari Jumaat ini bermulalah peperiksaan akhir semester 3 untuk tahun ini.Semester 3 ini aku hanya mengambil 2 matapelajaran subjek umum universiti,iaitu Etika Profiesional & Institusi Islam.Subjek kali ini tidaklah begitu tertekan.Selepas semester ini aku hanya kena ambil 3 subjek sebelum Grad.Projek sarja muda 2,SADAM & Pengurusan kewangan.. Moga moga rezeki aku semakin bertambah selepas Grad nih.. Insyaallah..

Piala Dunia 2010

Piala Dunia kembali Lagi.Team aku kali ini ialah England. Tapi apakan daya Pasukan England bermain standard macam budak sekolah menengah main.Sungguh Hampa aku kali ni. Pasukan England telah tersingkir pada pusingan kedua ,selepas tewas kepada pasukan Germany 4-1.Jadi aku terpaksa menyokong pasukan Argentina pula selepas kekalahan England. Ini kerana pada kali ini aku sangat kagum dengan semangat pasukan yang dibawakan oleh Argentina. Aku berharap supaya pasukan Argentina akan bertemu dengan pasukan Brasil Di Final

Tuesday, June 30, 2009

Aku menang RM500 Power Root


Pada 27 hb jun (sabtu) aku suruh bini aku beli power root , pasal aku dahaga sangat dan letih dengar lecture aku bersyarah... apabila aku buka penutup aku dapati penutup tin tu tertulis RM500 . Dengan seronok nya aku telefon ke no hotline power root tapi malangnya hotline tu waktu pejabat jer.. kebetulan hari isnin aku balik ipoh ,dan aku telefon hotline tu sekali lagi.. sesudah ambil detail aku , mamat tu suruh aku ambik duit di Kawasan ipoh cawangan power root... ni lah gambar aku menag RM500... "Terima kasih power root" hihihi pasni nak menag satu juta lak...

Tuesday, June 16, 2009

Gambar Bini Aku Yang comel





Kat sini aku postkan Gambar Bini aku Time Kecik Kecik Comel kan.... Kecik kecik comel.. dah besar garang lak

Gambar 3 Tahun dulu. Time tengah Kurus






Gambar Time tgh Kurus.. Ni gambar housemate aku.. time Mula Mula datang penang... tapi sekarang semua dah kahwin kecuali Lan janggut yang akan kahwin pada bulan 12 ni...Sedih gak bila ingat zaman Bujang Ni & zaman mula mula datang penang.. apa apa pun...Moga semua bahagia dengan keluarga masing masing.. kalau ada masa time bulan puasa ni kita buat reunion lagi sekali ok...